Wednesday, 28 August 2013

Check Up Pead & HKL Aug 2013

Salam semua,

minggu ni Izz agak letih. Kesian dia, kalau tido malam, smpai 8 pg baru bangun..
Minggu ni izz pergi check up Pead dan HKL.. hmm, dua2 pon sy kurang suka.. sebab sgt ramai org, dan susah nak cari parking, tmbah HKL. maklumla tumpuan utama..

Check up izz kt Pead Putrajaya, Alhamdulillah takde masalah, just Dr di Pead xleh komen pasal cleft palate surgery. that's ok for me.. mmg out of job scope dorang.. perkembangan izz setiap bulan ok. just berat, memang turun naik.. sbb dia mudah kene selsema.. bila selsema je, trus turun sket beratnya.. huhuhu =(

Check up izz di HKL pon ok. Dr tak leh nak set surgery date since Izz memang belom sampai masa untuk operation. just bila check up ni, kita nak tahu jugak komen Dr tentang perkembangan baby or any useful knowledges. Maklumla Izz ni dh start makan. kadang sy risau tgk Izz makan keluar d hidung selalu..
Conclusionnya, agak  tak puas hati sket la dgn Dr yg check Izz td.. huhuhuhu

Hopefully next check up ade berita gembira.. walaupon bukan yg sy expect.. of course la, operation date dia.. Speak of cleft operation, honestly I'm not yet ready.. tak sanggup nak tgk Izz sakit lepas operate.. nk harung susah nak bg izz makan, minum.. sekali merasa di NICU dulu, rs cukup la.. =(

Well, semoga Izz semakin pandai berdikari.. semakin pandai ajar mama dia ni mcm mana nak tlg dia minum dan makan mengikut cara dia..

Monday, 5 August 2013

Kenangan Feb 2013

Tarikh ini antara tarikh yang akan sy dan hubby ingat sampai akhir hayat..  tarikh kelahiran puteri kami..

Baby sulung sy ni dilahirkan secara czer di Hospital Putrajaya. Lahir 2 hari sebelum EDD. mmg cukup matang nak survive di dunia baru dia.. lahir pada 6.32 petang..

Baby sy terpaksa keluar ikut tingkap since dia dah distress kt dalam.. doktor pon pelik macam mana dia boleh distress sedangkan dia tido sewaktu contraction. huhuhu.. sewaktu tu sy dah mencapai bukaan 6 cm, tp Allah maha mengetahui, mungkin ada hikmahnya.. walaupon sy ralat, kalau sy ambil kelas belajar meneran sewaktu mengandung dulu, kemungkinan sy boleh teran baby keluar.. sesiapa yg melalui pembedahan czer, mesti tahu macam mana rumitnya kan??

sepanjang pembedahan dijalankam, sy gatal2 mata.. langsung tak peduli apa doktor buat.. huhu.. tapi sayangnya sy tak dapat dengar  menangis kali pertama.. sy tertido.. huhuhu.. kalau nurse tak kejutkan sy waktu nk tunjukkan Izz.. mungkin sy akan terus tido agaknya.. =P

Selesai semua, sy dihantar ke wad 2B.. suami dtg ke wad.. kami tunggu2 mana baby.. suami kata baby ok.. sihat.. muka comel macam mama dia.. hehehe.. so, dia nasihatkan sy supaya rest dulu.. nnati esok pegi tgk bby di NICU tgkt 1..  sy fikir mmg prosedur hospital akan letak bby di bwh jagaan nurse dulu.. maklum la, sy kan operate.. huhuhu..

jadi, sy decide sehingga pagi esok, sy tggu masa nak jmpa baby.. risau, resah, gembira, sedih.. semua perasaan pon ada..

Keesokkan harinya, selepas suami sy dtg, selesai makan, kami turun ke NICU pd waktu melawat.. berdebarnya hati ni tak payah cakapla.. sbb sy rs berat hati..

kali pertama terpandang bby, sgt2 sedih hati ni.. bby tgh menangis kuat.. dengan tiub di mulut ke perut.. bila ditanya pd nurse apa fungsi tiub ni, nurse ckp kene keluarkan air ketuban yg dia dh telan semasa proses kelahiran since dia distress dlm perut. doktor tak mahu kuman effect otak dan organ2 baby.. sy tanya juga kenapa baby menangis kuat sgt.. nurse ckp bby lapar, sbb belum minum ape2 lg.. MashaAllah terkejut aku.. maksudnya dh lebih 12 jam, baby belum minum ape2.. kami terus di rujuk pada doktor pakar kanak2 yang bertugas merawat baby.. Dr Jennifer, chinese doktor yang baik dan sgt2 berhati2 dalam menjelaskan semua yg kami ingin tahu berkenaan baby.

Lastly, we know that our cute daughter has been diagnose with Pierre Robin Syndrome(PRS). Actually, sy dan suami sgt2 blur that time.. rs tak tahu nak buat ape.. just keep asking question regarding PRS.. lastly, we went back to 2B ward without meet my baby.. sorry baby, mama tak boleh tgk baby menangis kelaparan..

Petangnya, baby dah start minum. minum FM sbb masa tu sy belum dpt produce susu badan.. Alhamdulillah, sejuk tgk dia tido aman.. Ni ada gambar2 dia yg suami snap curi2.. hehehe





Secara umumnya, bby dgn PRS akan mempunyai rahang bawah yang kecil, rekah di lelangit (sumbing lelangit) dan lidah yang ke belakang.. Biasanya baby2 PRS menghadapi kesukaran utk bernafas dan minum. Sewaktu minum juga, bby lebih mengutamakna pernafasan drpd minum.. ini sebabnya baby PRS cenderung mempunyai badan yang kurus..

Baby juga mempunyai subternal recession, yg mana rusuknya melengkung.. ditambah dgn keadaan baby yg sukar bernafas, dada baby sgt melengkung ke dalam.. takut kami melihat..

Baby diletakkan di NICU selama 3 minggu. 2 minggu di bawah jagaan nurse dan doktor, manakala minggu terakhir di NICU bersama sy. sepanjang 2 minggu baby di NICU, suami sy la yg berpenat lelah berulang alik2 ke hospital, melawat dan menghantar susu pada baby.. sy juga ikut melawat pd seminggu pertama, namun berhenti melawat pad mggu ke2 disebabkan tersilap makan menyebabkan luka operate terasa sgt nyilu, sampai nak berjalan pon tak boleh.. maklumlah, sy berpantang sndr dgn bantuan suami dan kak ipar yg juga zero dlm hal2 pantang org bersalin ni..

Minggu ke3, sy gembira sgt, wlaupun bby masih belum bole discaj, tp sy dibenarkan masuk ke wad utk berlatih memberi baby minum menggunakan botol spesel SOFTPLASyg diberikan oleh CLAPAM.

4 hari mencuba menggunakan botol SOFTPLAS, bby tak berjaya habiskan susu yg sepatutnya dia minum.. maka, berat badan dia terus jatuh dr hari ke hari.. dr 3.4kg sbelum bersama sy, beratnya jatuh hinggi 3.1kg.. pada hari ke 5, sy bertemu dgn doktor pakar, sy mengadu bahawa sy sudah cuba bermacam2 cara, akhirnya doktor pakar mengarahkan seorang nurse utk menunjukkan cara dia memberi baby susu menggunakan SOFTPLAS.. terkejutnya sy.. bby hampir biru ketika diberi susu.. nampak sgt bby tak selesa.. rasa dirobek2 hati ni bila lihat bby sndr dilayan begitu.. sejurus lps bby tido, sy terus telefon CLAPAM, minta bantuan.. sy dirujuk pada Pn Nirmala, yg mempunyai anak PRS yg kini berusi 6 tahun.. dia menggunakan Haberman Feeder.. Terima kasih atas info yg sudi dikongsi.. sy terus meminta suami mebeli Haberman..

Hari ke5, Haberman yg diorder dah sampai.. tak sabr2 nk cuba.. steril cpt2 dan terus cuba pada bby.. Alhamdulillah, botol tu sesuai dgn bby, bby dpat habiskan 2oz susu dlm masa lebih kurang 15 min..

Berbanding SOFTPLAS, baby tak habis minum walaupun hampir 40 min.. dilulang beri susu, juga tak mahu.. baby hanya nak tdo.. 4 hari tak cukup tdo, takde masa nak makan, nak siapkan diri.. mmg sy dh hampir give up masa tu.. nasib baik ada suami yg supportive.. byk bantu, waktu melawat, suami dtg, tlg tgkkan bby, sy tido..
bukan maksud sy botol tu tak OK ye.. cuma lain baby, lain kesesuaiannya.. bby sy tak selesa dgn botol tu.. tapi ada bby PRS yg sesuai dgn botol tu.. =)

Hari ke tujuh, berat baby dh mencapai 3.31kg, dan akhirnya kami dibenarkan pulang.. Alhamdulillah..
Tapi, cabaran lain pula menanti sy dan suami.. huhuhuhu... InsyaAllah, Allah menbantu.. =)

 Bby tdo ketika mula minum menggunakan botol SOFTPLAS
Baby ketika mula balik rumah.. welcome to home!! tangan tu tak duduk diam dlm bedung.. =(



Assalamualaikum..

Kisah kami dan permata hati ni aku buat untuk berkongsi pengalaman dan meluaskan perkenalan dgn kawan2 baru.. insyaAllah jika ada yang sudi.. 

Bagi aku, kami masih dalam golongan manusia2 bertuah yang masih disayangi Allah swt.. tatkala kami leka dengan keindahan dan kenikmatan dunia.. Dia kembalikan kami kepadaNya.. walaupuun perit untuk menerima, namun setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. Alhamdulillah..

Biar aku perkenalkan diri aku.. Nama diberi Munirah.. sekarang bergelar ibu kepada puteri permata hati ku, Izz Amani.. 

Sebenarnya aku ni bukanlah berminat untuk berblog. tapi apa yg aku aku alami beberapa bulan ini mendorong aku utk sama berkongsi pengalaman dengan semua.. bagus kalau dapat membantu org lain, tp kalau tak membantu org lain pon, aku harap dapat membantu aku sndr.. =)

semoga niat ni direstui Allah swt dan salam perkenalan dgn sesiapa yang sudi.. =)